Ada Sesuatu di Tahun 2023
Seperti biasa. Hujung tahun menjadi detik yang paling sukar saya tangani. Bicaralah tentang apapun; kena reject, gagal dalam peperiksaan, bisnes rugi, dibuang kerja, hasrat berpadu tenaga dengan beberapa sosok untuk membangun cita-cita tidak menjadi – ya, saya telah melalui semuanya, tapi tidak sesukar saya melalui detik-detik hujung tahun yang bakal tiba. Semasa awal Disember, saya…
CINTAILAH PEREMPUAN YANG MEMBACA – Rosemarie Urquico (Terjemahan Semula)
Beberapa individu pernah menterjemah tulisan Rosemarie Urquico ini. Tapi ada beberapa sudut terjemahan yang saya kira, berbeza maknanya dengan apa yang saya fahami. Justeru, sempena Hari Wanita Sedunia, saya memuat naik semula terjemahan saya sendiri. Seboleh mungkin saya cuba mengekalkan makna dan unsur keindahan karangan sederhana Urquico ini. Cintailah perempuan yang membaca. Perempuan yang berhabis…

Membaca Secrets of Divine Love dan Menyanggah Beberapa Anggapan Tentangnya
Ini ialah artikel jawapan saya kepada artikel oleh Saudari Maria berkenaan SODL. Boleh baca di sini terlebih dahulu. Sebelum kita memulakan perbincangan ini, suka saya ingatkan bahawa perbincangan sebegini haruslah datang dengan kesedaran bahawa kita semua ingin mencari sesuatu kebaikan dan manfaat buat diri kita, bukan sebaliknya. Perbincangan apapun tak boleh mengarah kepada kebencian, saling…

Kalau kita merasakan bahawa kita masih ada kesedihan lampau, itu tidak mengapa.
Baru-baru ini di dalam sesi usrah refleksi al-Quran di Telegram saya, ada beberapa peserta kongsikan ayat ini. Kali terakhir saya berinteraksi dengan Surah Yusuf ialah 5 tahun yang lalu. Waktu itu, saya meluangkan masa yang sangat lama, menyelak tafsir demi tafsir, menekuni segala jurnal berkaitan Surah Yusuf. Boleh saya katakan, tempoh itulah antara tempoh terpuas…

Pagi Bersama Mak dan Ayah
“Cek, bangun! Mak siap dah nih.” Saya menggenyeh mata yang masih mengantuk, kemudian menarik selimut toto busuk berwarna oren, melitupi kepala. Mak menampar punggung. “Cepat!, sat lagi ayah marah,” tambahnya lagi. Mak menuang air teh o, menuang nasi goreng putih dua senduk, dan telur mata separuh masak mak letak piringnya sebelah pinggan, dibanjiri kicap dan…

Menoktahkan Seperenggan Rindu
Ketika matari masih terbit dan engkau enak tidur bersama buku-bukumu, aku sempat menoktahkan seperenggan rindu. Bagiku, tak ada pagi yang lebih menyerikan dari pagi ketika jawabmu di lewat whatsapp memberitahu, engkau baik-baik sahaja. Aku mahu mencelah di baris notakaki ketika kau berusaha menulisnya mengikut tertib, agar kau tahu ada seseorang yang sedang memerhatimu. Aku mahu…
Teruntuk Maryam yang Dulu, Maryam yang Sekarang dan Maryam yang Akan Datang.
8 September 2019 (tahun lepas) saya mendapat pesanan daripadanya. Saya rakamkan di sini sedikit sebanyak perbualan yang wujud dengan tiba-tiba setelah hampir tiga tahun tidak bersua. “Salam Abang Faiz. Hehe.” “Waalaikumussalam. Hoi.” “Woi. Hahaha, Busy nooo.” “Ada apa Yam? Weekend. Rehat. Haha.” “Abang Faiz. Pilihan. Macam mana…” “Hmmm.” Perbualan 8 September ini berlanjutan dan…

Tentang Kesempatan
24 Oktober 2020. Hari yang nyaman. Kerongkong terasa begitu kering. Matahari merunduk; sesal kerana terlalu membahang. Manusia mengurung dalam rumah sendiri. Juwita sudah mula belajar merengek olok-olok. Ketika dia menangis meminta-minta perhatian, ada ruang dan senjang yang membuatkan saya, seorang abah, memikir ulang banyak hal. Beberapa hari yang lepas, saya, isteri dan seorang rakan berbual…
“The Art of” Tidak Peduli
Jam 11.30 malam. Selepas Juwita tidur, baru saya sempat membuka komputer riba dan mula menulis. Hal ini sudah lama membusung dalam kepala saya. Sejak beberapa minggu sudah, topik ini berpusar dalam fikiran. Macam kata Shahnon dalam buku Weelstanchauung, topik atau idea ialah makhluk yang akan menghantui seorang penulis selagi penulis tidak menulisnya. Jadi malam ini,…
Mengenang Pejuang Merdeka Yang Hilang Dalam Jalur Sejarah
1937, gelombang perubahan minda secara global tidak terlepas sampai juga kepada nusantara, kepada insan bernama Ibrahim Yaakob. Tidak dinafikan, idea “Melayu Raya” adalah cakupan daripada Tan Malaka. Ibrahim Yaakob menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai wadah menyebarkan ideologi kemerdekaan. Bukan senang. Awal 20-30 an begitu, rakyat masih kering kontang terhadap idea kemerdekaan. Beruntung Jepun masuk.…
Loading…
Something went wrong. Please refresh the page and/or try again.
Follow My Blog
Get new content delivered directly to your inbox.