Author: hafizul faiz
-
Kita Dipilih, Kita Diiktiraf, Kita Diagungkan, Sebab Itu Kita Didengki.
Jam 7.09 pagi, 9 Ogos 2020. Saya melihat ke luar jendela, kabus pagi masih tebal berambal-ambal memayungi pepohon dan rumah-rumah yang bertaburan. Dingin pagi menyucuk hingga ke sum-sum. Terasa nyaman. Usai Subuh, saya menyelak al-Quran, meneruskan rutin bacaan harian. Saya tiba di Surah Al-A’raf lagi. Saya dipersembahkan dengan permintaan iblis untuk menjadi makhluk-makhluk yang ditangguhkan.…
-
Ketika Orang Lain Bercakap-cakap Tentang Kita dan Kita Tidak Tahu Harus Melakukan Apa
Jumaat 24 Julai 2020. Hari yang baik. Cuaca pun cerah. Dua tiga minggu ini saya banyak berulang alik dari Wangsa Maju, Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya. Di setiap perjalanan saya; hujan tidak mahu reda. Hujan itupun fana, seperti Sapardi dan seperti kita semua. Saya sering menyoal diri sendiri. Memandu menjadikan saya ramah dengan diri sendiri. Banyak…
-
Soneta Buat Juwita: Dimamah Dewasa
Saya tidak dapat mengamati Yuval Noah Harari secara laju. Satu, bukunya tebal. Dua, jiwa saya terasa sendat memikirkan ketidakseimbangan dunia yang dipersembahkan. Kadang saya mahu lari dari segalanya. Duduk diam-diam di rumah, baca buku, menonton Juwita dalam-dalam dan bercerita kepadanya tentang pari-pari yang mati menikam diri sendiri. Saya membuka fail baru di komputer riba, menyimpannya…
-
Lahirnya Seorang Juwita
Hari ini ialah hari kesembilan Juwita lahir ke dunia. Saya masih ingat lagi, tepat jam 3 pagi 27 Mei 2020, isteri terjaga dari tidur dan merungut sakitnya semakin kerap. Saya terus bersiap untuk membawa isteri ke hospital. Surat masuk wad untuk bersalin sudah Dr Wan Norizah berikan dua minggu lalu. Perancangan Dr Wan, isteri perlu…
-
Bagaimana Sekiranya ini ialah Ramadan Terakhir Kita?
Ketika kami sedang asyik membahas “al-Tahrir wa al-Tanwir” karangan Ibn ‘Asyur, seorang rakan bertanyakan soalan ini kepada saya: “Kenapa ayat tentang bulan Ramadan dengan ayat tentang kewajipan berpuasa turun dalam dua ayat berbeza?” Soalan ini menyebabkan saya murung sekejap. Saya balik rumah, belek beberapa tafsir, renung sedikit ayat tentang berpuasa dan Ramadan dalam Surah al-Baqarah.…
-
Ketika Kita Sudah Tidak Lagi Mahu Meluahkan
Petang itu hujan tidak jadi turun. Mukanya masih ceria. Tote Bag-nya diletak di tepi sofa. Saya dan isteri duduk betul-betul di hadapannya. Televisyen tidak dipasang. “Apa khabar?” Seperti dirancang, hujan petang itu memang tidak jadi turun. Cerita yang akan saya ceritakan ini sebuah kisah benar. “Sudah tonton Marriage Story?” Saya bertanya. Saya kuatkan kipas, betulkan…
-
Menonton Romance is a Bonus Book
Terus-terang saya katakan, saya dinamik. Begini. Saya boleh menonton dengan tekun Inception, menghurai dengan mendalam Interstellar, dan mencanang kepada ramai orang untuk menonton The Platform. Tetapi saya tidak boleh membiarkan diri saya terpenjara dengan kebengisan plot atau jalan cerita. Saya tidak boleh membeban diri dengan kekosongan yang wujud dalam The Platform. Saya tetap akrab dengan…
-
Jika Penulis Berhenti Menulis, Dunia Kiamat
Kali terakhir saya menulis blog ialah dua tahun lepas. Dari WordPress, berpindah ke Wix, kemudian selepas saya tahu Wix ialah syarikat yang ditubuhkan oleh Israel dan beroperasi di Israel, saya tarik semula domain yang saya bagi kepada mereka dan kembali kepada WordPress. Kesannya, saya tidak berjaya memuat naik semula secara auto segala hantaran yang lepas.…
-
Mungkin Merasa Bosan Ialah Apa Yang Kita Perlukan
Saya sunting semula sebuah artikel yang pernah saya tulis lima tahun lepas untuk disiarkan di blog sendiri. Waktu itu saya mempunyai kegilaan membaca tentang seorang ahli falsafah terkenal Jerman, Friedrich Nietzcshe. Saya terperangkap dalam memahami apa maksud sebenar amor fati yang Nietzcshe cuba sampaikan dan saya keliru untuk menggariskan dengan jelas perihal good dan evil…