Category: Artikel
-
Ada Sesuatu di Tahun 2023
Seperti biasa. Hujung tahun menjadi detik yang paling sukar saya tangani. Bicaralah tentang apapun; kena reject, gagal dalam peperiksaan, bisnes rugi, dibuang kerja, hasrat berpadu tenaga dengan beberapa sosok untuk membangun cita-cita tidak menjadi – ya, saya telah melalui semuanya, tapi tidak sesukar saya melalui detik-detik hujung tahun yang bakal tiba. Semasa awal Disember, saya…
-
CINTAILAH PEREMPUAN YANG MEMBACA – Rosemarie Urquico (Terjemahan Semula)
Beberapa individu pernah menterjemah tulisan Rosemarie Urquico ini. Tapi ada beberapa sudut terjemahan yang saya kira, berbeza maknanya dengan apa yang saya fahami. Justeru, sempena Hari Wanita Sedunia, saya memuat naik semula terjemahan saya sendiri. Seboleh mungkin saya cuba mengekalkan makna dan unsur keindahan karangan sederhana Urquico ini. Cintailah perempuan yang membaca. Perempuan yang berhabis…
-
Membaca Secrets of Divine Love dan Menyanggah Beberapa Anggapan Tentangnya
Ini ialah artikel jawapan saya kepada artikel oleh Saudari Maria berkenaan SODL. Boleh baca di sini terlebih dahulu. Sebelum kita memulakan perbincangan ini, suka saya ingatkan bahawa perbincangan sebegini haruslah datang dengan kesedaran bahawa kita semua ingin mencari sesuatu kebaikan dan manfaat buat diri kita, bukan sebaliknya. Perbincangan apapun tak boleh mengarah kepada kebencian, saling…
-
“The Art of” Tidak Peduli
Jam 11.30 malam. Selepas Juwita tidur, baru saya sempat membuka komputer riba dan mula menulis. Hal ini sudah lama membusung dalam kepala saya. Sejak beberapa minggu sudah, topik ini berpusar dalam fikiran. Macam kata Shahnon dalam buku Weelstanchauung, topik atau idea ialah makhluk yang akan menghantui seorang penulis selagi penulis tidak menulisnya. Jadi malam ini,…
-
Mengenang Pejuang Merdeka Yang Hilang Dalam Jalur Sejarah
1937, gelombang perubahan minda secara global tidak terlepas sampai juga kepada nusantara, kepada insan bernama Ibrahim Yaakob. Tidak dinafikan, idea “Melayu Raya” adalah cakupan daripada Tan Malaka. Ibrahim Yaakob menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai wadah menyebarkan ideologi kemerdekaan. Bukan senang. Awal 20-30 an begitu, rakyat masih kering kontang terhadap idea kemerdekaan. Beruntung Jepun masuk.…
-
Kita Dipilih, Kita Diiktiraf, Kita Diagungkan, Sebab Itu Kita Didengki.
Jam 7.09 pagi, 9 Ogos 2020. Saya melihat ke luar jendela, kabus pagi masih tebal berambal-ambal memayungi pepohon dan rumah-rumah yang bertaburan. Dingin pagi menyucuk hingga ke sum-sum. Terasa nyaman. Usai Subuh, saya menyelak al-Quran, meneruskan rutin bacaan harian. Saya tiba di Surah Al-A’raf lagi. Saya dipersembahkan dengan permintaan iblis untuk menjadi makhluk-makhluk yang ditangguhkan.…
-
Ketika Orang Lain Bercakap-cakap Tentang Kita dan Kita Tidak Tahu Harus Melakukan Apa
Jumaat 24 Julai 2020. Hari yang baik. Cuaca pun cerah. Dua tiga minggu ini saya banyak berulang alik dari Wangsa Maju, Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya. Di setiap perjalanan saya; hujan tidak mahu reda. Hujan itupun fana, seperti Sapardi dan seperti kita semua. Saya sering menyoal diri sendiri. Memandu menjadikan saya ramah dengan diri sendiri. Banyak…
-
Bagaimana Sekiranya ini ialah Ramadan Terakhir Kita?
Ketika kami sedang asyik membahas “al-Tahrir wa al-Tanwir” karangan Ibn ‘Asyur, seorang rakan bertanyakan soalan ini kepada saya: “Kenapa ayat tentang bulan Ramadan dengan ayat tentang kewajipan berpuasa turun dalam dua ayat berbeza?” Soalan ini menyebabkan saya murung sekejap. Saya balik rumah, belek beberapa tafsir, renung sedikit ayat tentang berpuasa dan Ramadan dalam Surah al-Baqarah.…
-
Ketika Kita Sudah Tidak Lagi Mahu Meluahkan
Petang itu hujan tidak jadi turun. Mukanya masih ceria. Tote Bag-nya diletak di tepi sofa. Saya dan isteri duduk betul-betul di hadapannya. Televisyen tidak dipasang. “Apa khabar?” Seperti dirancang, hujan petang itu memang tidak jadi turun. Cerita yang akan saya ceritakan ini sebuah kisah benar. “Sudah tonton Marriage Story?” Saya bertanya. Saya kuatkan kipas, betulkan…
-
Mungkin Merasa Bosan Ialah Apa Yang Kita Perlukan
Saya sunting semula sebuah artikel yang pernah saya tulis lima tahun lepas untuk disiarkan di blog sendiri. Waktu itu saya mempunyai kegilaan membaca tentang seorang ahli falsafah terkenal Jerman, Friedrich Nietzcshe. Saya terperangkap dalam memahami apa maksud sebenar amor fati yang Nietzcshe cuba sampaikan dan saya keliru untuk menggariskan dengan jelas perihal good dan evil…