Category: Contengan
-
Teruntuk Maryam yang Dulu, Maryam yang Sekarang dan Maryam yang Akan Datang.
8 September 2019 (tahun lepas) saya mendapat pesanan daripadanya. Saya rakamkan di sini sedikit sebanyak perbualan yang wujud dengan tiba-tiba setelah hampir tiga tahun tidak bersua. “Salam Abang Faiz. Hehe.” “Waalaikumussalam. Hoi.” “Woi. Hahaha, Busy nooo.” “Ada apa Yam? Weekend. Rehat. Haha.” “Abang Faiz. Pilihan. Macam mana…” “Hmmm.” Perbualan 8 September ini berlanjutan dan…
-
Tentang Kesempatan
24 Oktober 2020. Hari yang nyaman. Kerongkong terasa begitu kering. Matahari merunduk; sesal kerana terlalu membahang. Manusia mengurung dalam rumah sendiri. Juwita sudah mula belajar merengek olok-olok. Ketika dia menangis meminta-minta perhatian, ada ruang dan senjang yang membuatkan saya, seorang abah, memikir ulang banyak hal. Beberapa hari yang lepas, saya, isteri dan seorang rakan berbual…
-
Lahirnya Seorang Juwita
Hari ini ialah hari kesembilan Juwita lahir ke dunia. Saya masih ingat lagi, tepat jam 3 pagi 27 Mei 2020, isteri terjaga dari tidur dan merungut sakitnya semakin kerap. Saya terus bersiap untuk membawa isteri ke hospital. Surat masuk wad untuk bersalin sudah Dr Wan Norizah berikan dua minggu lalu. Perancangan Dr Wan, isteri perlu…
-
Jika Penulis Berhenti Menulis, Dunia Kiamat
Kali terakhir saya menulis blog ialah dua tahun lepas. Dari WordPress, berpindah ke Wix, kemudian selepas saya tahu Wix ialah syarikat yang ditubuhkan oleh Israel dan beroperasi di Israel, saya tarik semula domain yang saya bagi kepada mereka dan kembali kepada WordPress. Kesannya, saya tidak berjaya memuat naik semula secara auto segala hantaran yang lepas.…