Menoktahkan Seperenggan Rindu

Ketika matari masih terbit dan engkau enak tidur bersama buku-bukumu, aku sempat menoktahkan seperenggan rindu. Bagiku, tak ada pagi yang lebih menyerikan dari pagi ketika jawabmu di lewat whatsapp memberitahu, engkau baik-baik sahaja.


Aku mahu mencelah di baris notakaki ketika kau berusaha menulisnya mengikut tertib, agar kau tahu ada seseorang yang sedang memerhatimu. Aku mahu bersemnbunyi di balik jurnal-jurnal yang kau selak, yang kau baca laju-laju dan yang kau conteng dengan pen berwarna biru. Aku mahu akulah yang kau lihat ketika kabut di kepalamu semakin bertambah dan engkau tak tahu, bagaimana harus menghabiskan semua ini dengan cukup waktu.


Semalam, ketika bulan pun sudah tidur, aku berjaya membuatmu ketawa. Soalku, “Ke mana sayang merayap semalam?” Jawabmu, “Tak ada ke mana-mana. Kenapa?” Dan terus kubalas, “Habis itu, siapa pula yang datang ke dalam mimpi dan mengganggu tidur abang hingga lewat pagi?” Dunia ini sudah tidak perlukan kiamat lagi kerana senyumanmu sudah cukup abadi.

Selamat hari lahir, sayang. Bukankah kita pernah bersama-sama mencari teduh ketika hujan tiba-tiba luruh? Dan engkau pernah berpesan kepadaku, bahawa cinta ialah soal saling berkorban demi sebuah kebahagiaan. Dan doa katamu, ialah pengikat rindu yang paling mustajab.

– 13 Februari 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: